Perjalanan haji Nabi Muhamad Haji_Wida'

Haji Wida' adalah satu-satunya ibadah haji yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad selepas dilantik menjadi Rasul. Berita Nabi Muhammad hendak pergi mengerjakan haji pada 10 Hijrah, maka ramai yang mahu mengikutnya. Dianggarkan 24 000 orang. Selama 10 tahun Nabi Muhammad tinggal di Madinah, tidak pernah mengerjakan haji kecuali pada tahun 10 Hijrah. Baginda bergerak dari Madinah pada hari Sabtu petang selepas Zuhur, Sabtu 25 Zulkaedah 10H bersamaan 22 Februari 632 M. Pada hari Ahad 4 Zulhijah bersamaan 1 Mac 632M baginda mandi dan melakukan Solat Sunat Dhuha untuk memasuki kota Makkah. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa 9 hari. Pada hari Jumaat 9 Zulhijah bersamaan 6 Mac 632M mereka meneruskan perjalanan ke Arafah.